Wednesday, October 08, 2008

Makan Diri

Photobucket

Di dalam ilmu persilatan ada diajarkan tentang meniru atau mengikut langkah musuh. Tujuan dilakukan adalah supaya musuh hilang ilham untuk bergerak langkah dan bertempur.

Mengatur langkah adalah penting di dalam kehidupan sehari-harian.
Dalam kita mengatur langkah dan gerak, janganlah kita lupa bahawa pergerakan kita sebenarnya berada di dalam genggamanNya.

Dan apabila manusia merancang, sesungguhnya Allah juga merancang. Dan Dialah yang sebijak-bijak merancang dan membalas tipu daya.

Monday, October 06, 2008

Mencari Erti

Photobucket

Apakah ertinya berpuasa Ramadhan sebulan jika Syawal dicemari dengan perbuatan hasad dengki.

Jika kamu menghadap Allah dengan 70 dosa di antara kamu dan Allah, lebih baik dan lebih ringan daripada menghadap Allah dengan satu dosa di antara kamu dengan sesama manusia.

Fikirkanlah.