Monday, August 25, 2008
Subuh hari ni aku sekali lagi dikejutkan oleh berita kemalangan jalan raya. Berita kemalangan kali ini aku dapat daripada Friendster oleh teman wanita seorang sahabat karibku, Mior Ahmad Aizad.
Mior Ahmad Aizad atau lebih akrab dikenali sebagai Mior atau Jad ditimpa kemalangan dalam perjalanan ke Kelantan. Tapi Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang dan rezeki kepada beliau untuk menjalankan kehidupan di dunia ini. Beliau cedera di bahagian tangan dan bibir, manakala teman beliau di passenger seat cedera di bahagian kaki.
Bersama kita mendoakan beliau cepat sembuh. Insyaallah.
Apa yang aku ingin kongsi di sini ialah kisah pelik sebelum dan semasa kemalangan tersebut terjadi. Beberapa hari sebelum kemalangan terjadi, aku kerap kali mengingati Jad agar berhati-hati apabila memandu. Seolah-olah aku dapat merasakan bahawa ada kejadian yang bakal menimpa Jad.
Dan menurut ibu ku lagi, pada malam kejadian kemalangan tersebut, aku menjerit dengan kuat di dalam tidur sebanyak 3 kali. Pada pendapat ibu ku, aku mungkin mengigau dan membiarkan sahaja aku tido. Tapi yang anehnya, aku langsung tidak mengigau, kerana memang aku ni jenis kalau mimpi-mimpi buruk mesti ingat bila bangun.
Kejadian aku berteriak dalam tidur sekitar pukul 3 lebih atau 4 pagi.
Aneh.
Adakah hawa telah menjadi nyalaan api?
Wallahu'alam. Segala Puji bagiNya, Empunya langit dan bumi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment