Saturday, August 30, 2008

Syukur

Alhamdulillah, hari ni memang penuh dengan pelbagai rahmat Allah.

Petang tadi, lawatan Dr. Hyzan dari OSA Technology ke lab berjalan lancar.
Malam pula aku berpeluang mempelajari teknik-teknik bergayong dengan lebih mendalam daripada Abang Adli. Hah, kelakar juga melihat saudara segayong Auzani pancit tak tahan latihan 'warm up' yang agak lain dari yang lain. Aku juga berpeluang berbual panjang tentang isu-isu politik Gayong masa kini. Hmm, malas nak cakap apa.

Tengah malam tadi pula aku bertemu dengan sahabat karibku yang aku kenal sejak dari sekolah rendah lagi. Pertemuan di Facebook yang tidak disangka-sangka. Ingatkan dah lost contact. Alhamdulillah.

Photobucket

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita bersama mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi..

No comments: