Monday, December 01, 2008

Enough is Enough

Photobucket

Orang zaman sekarang selalu cakap masa tak cukup dalam sehari. 24 jam tak cukup.
Ada yang skip waktu makan, tidur tak lena atau tak cukup, anak-anak terbiar akibat lajunya masa berjalan dan sebagainya.

Sebenarnya bukanlah masa yang bergerak pantas, tapi ianya adalah diri kita yang terlalu sibuk dan terlalu banyak urusan. Ada orang walaupun dah kaya-raya masih tak henti-henti menekan diri untuk bertambah mewah, walaupun makan masih 3 kali sehari dan setiap kali makan lebih kurang 1-2 pinggan nasi juga.

Dalam kesibukan kita, janganlah kita mengabaikan hakikat yang bahawa satu hari nanti kita akan pulang menemuiNya. Kenapa kita mahu kemewahan itu? Adakah untuk membantu mereka yang memerlukan dengan harta kita, atau.....

No comments: