Monday, December 01, 2008

Tak Semestinya

Double posting untuk hari ini.

Tak semestinya orang yang kita sakit hati dan geram serta kita ingat jahat dan zalim berperangai sedemikian. Juga tak semestinya orang yang kita sangka baik dan alim serta warak bersifat sedemikian. Pendek kata, janganlah kita bersangka-sangka dan mudah percaya.. dan jauhi lah prasangka buruk sesama kita.

Di sini, saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat saya sekiranya saya ada menyakiti hati mereka sama ada melalui perbualan, sms, ym atau mahupun melalui posting di blog saya, sengaja ataupun tidak sengaja. Maafkanlah saya, saya mahu mula mencari rezeki.. dan mudah-mudahan dengan kemaafan yang diberikan saudara saudari dapat memberi keberkatan dalam rezeki yang saya cari.

No comments: