Double posting untuk hari ini.
Tak semestinya orang yang kita sakit hati dan geram serta kita ingat jahat dan zalim berperangai sedemikian. Juga tak semestinya orang yang kita sangka baik dan alim serta warak bersifat sedemikian. Pendek kata, janganlah kita bersangka-sangka dan mudah percaya.. dan jauhi lah prasangka buruk sesama kita.
Di sini, saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat saya sekiranya saya ada menyakiti hati mereka sama ada melalui perbualan, sms, ym atau mahupun melalui posting di blog saya, sengaja ataupun tidak sengaja. Maafkanlah saya, saya mahu mula mencari rezeki.. dan mudah-mudahan dengan kemaafan yang diberikan saudara saudari dapat memberi keberkatan dalam rezeki yang saya cari.
Monday, December 01, 2008
Enough is Enough
Orang zaman sekarang selalu cakap masa tak cukup dalam sehari. 24 jam tak cukup.
Ada yang skip waktu makan, tidur tak lena atau tak cukup, anak-anak terbiar akibat lajunya masa berjalan dan sebagainya.
Sebenarnya bukanlah masa yang bergerak pantas, tapi ianya adalah diri kita yang terlalu sibuk dan terlalu banyak urusan. Ada orang walaupun dah kaya-raya masih tak henti-henti menekan diri untuk bertambah mewah, walaupun makan masih 3 kali sehari dan setiap kali makan lebih kurang 1-2 pinggan nasi juga.
Dalam kesibukan kita, janganlah kita mengabaikan hakikat yang bahawa satu hari nanti kita akan pulang menemuiNya. Kenapa kita mahu kemewahan itu? Adakah untuk membantu mereka yang memerlukan dengan harta kita, atau.....
Saturday, November 29, 2008
Hari ini
1) Its suprising how people will treat you, just because you remember their birthday.
2) Susah betul nak kutip hutang. Time nak pinjam duit sikit punya manis menanam tebu di bibir.
2) Susah betul nak kutip hutang. Time nak pinjam duit sikit punya manis menanam tebu di bibir.
Wednesday, November 26, 2008
A New Beginning
To all those who've been wondering why there hasn't been any update for quite a long time:
1) I was busy with my final year project. Have finally submitted my project today at around 4.15pm, and that marks the end of my student life.
2) I've been busy seeking employment from various companies, TNB, Perodua, MMHE, Sime Darby, Titan Chemicals, Bumi Armada, bla, bla.. you name it. But just last week, I was offered a job at Flowserve. Alhamdulillah.
Insyaallah, if God wills it, I'll be moving to Kemaman, Terengganu to start work in the oil and gas industry this 15th December.

Wednesday, October 08, 2008
Makan Diri
Di dalam ilmu persilatan ada diajarkan tentang meniru atau mengikut langkah musuh. Tujuan dilakukan adalah supaya musuh hilang ilham untuk bergerak langkah dan bertempur.
Mengatur langkah adalah penting di dalam kehidupan sehari-harian.
Dalam kita mengatur langkah dan gerak, janganlah kita lupa bahawa pergerakan kita sebenarnya berada di dalam genggamanNya.
Dan apabila manusia merancang, sesungguhnya Allah juga merancang. Dan Dialah yang sebijak-bijak merancang dan membalas tipu daya.
Monday, October 06, 2008
Mencari Erti
Tuesday, September 23, 2008
Relax
Change for the better
I've been observing lately. I've been observing my friends, those that I used to know: new and old alike, my relatives and people that I don't know around me.
I realized that people change over time.
Some grow and mature and become better person, while some took a turn to the darkside.
The question is, do they or should I say, do we change for the better?
I know it sounds corny. But it is serious. Serious to those who choose to think.
It seems nowadays that most of us have forgotten our religious roots, what a pity.
How do you expect someone from a different faith to respect you, if you yourself don't respect your faith and religion.
Ahh well..
Ramadhan is just a couple of days left.
Hopefully all of our good deeds and puasa are accepted by Him. And may He prolong our life to the next Ramadhan.

Tuesday, September 02, 2008
Jumpa lagi
Monday, September 01, 2008
Kesal
Baru hari pertama puasa dah ada perkara yang kurang menyenangkan berlaku.
Aku cukup kesal dengan perbuatan salah seorang teman ku ini.
Bertudung.. tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna. Puas dah aku menegur beliau tentang pakaian yang ketat dan sendat ini. Tetapi banyak betul alasan yang diberi. "Tengok si S tu, dia lagi teruk.. marah la dia". Apa nak jadi.. Dahla tak menutup aurat, pergi pula ke pasar juadah Ramadhan. Habis semua orang yang melihatnya akan kekurangan pahala puasa.
Adapun hadis Rasulullah SAW yang berbunyi:
Dua golongan dari ahli neraka yang tidak pernah aku lihat: seorang yang membawa cemeti seperti ekor sapi yang dia memukul orang-orang, dan perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggok-lenggok, kepalanya bagaikan punuk unta yang bergoyang. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapatkan baunya. (HR Muslim)
Insaflah.

Saturday, August 30, 2008
Syukur
Alhamdulillah, hari ni memang penuh dengan pelbagai rahmat Allah.
Petang tadi, lawatan Dr. Hyzan dari OSA Technology ke lab berjalan lancar.
Malam pula aku berpeluang mempelajari teknik-teknik bergayong dengan lebih mendalam daripada Abang Adli. Hah, kelakar juga melihat saudara segayong Auzani pancit tak tahan latihan 'warm up' yang agak lain dari yang lain. Aku juga berpeluang berbual panjang tentang isu-isu politik Gayong masa kini. Hmm, malas nak cakap apa.
Tengah malam tadi pula aku bertemu dengan sahabat karibku yang aku kenal sejak dari sekolah rendah lagi. Pertemuan di Facebook yang tidak disangka-sangka. Ingatkan dah lost contact. Alhamdulillah.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita bersama mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi..

Monday, August 25, 2008
Subuh hari ni aku sekali lagi dikejutkan oleh berita kemalangan jalan raya. Berita kemalangan kali ini aku dapat daripada Friendster oleh teman wanita seorang sahabat karibku, Mior Ahmad Aizad.
Mior Ahmad Aizad atau lebih akrab dikenali sebagai Mior atau Jad ditimpa kemalangan dalam perjalanan ke Kelantan. Tapi Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang dan rezeki kepada beliau untuk menjalankan kehidupan di dunia ini. Beliau cedera di bahagian tangan dan bibir, manakala teman beliau di passenger seat cedera di bahagian kaki.
Bersama kita mendoakan beliau cepat sembuh. Insyaallah.
Apa yang aku ingin kongsi di sini ialah kisah pelik sebelum dan semasa kemalangan tersebut terjadi. Beberapa hari sebelum kemalangan terjadi, aku kerap kali mengingati Jad agar berhati-hati apabila memandu. Seolah-olah aku dapat merasakan bahawa ada kejadian yang bakal menimpa Jad.
Dan menurut ibu ku lagi, pada malam kejadian kemalangan tersebut, aku menjerit dengan kuat di dalam tidur sebanyak 3 kali. Pada pendapat ibu ku, aku mungkin mengigau dan membiarkan sahaja aku tido. Tapi yang anehnya, aku langsung tidak mengigau, kerana memang aku ni jenis kalau mimpi-mimpi buruk mesti ingat bila bangun.
Kejadian aku berteriak dalam tidur sekitar pukul 3 lebih atau 4 pagi.
Aneh.
Adakah hawa telah menjadi nyalaan api?
Wallahu'alam. Segala Puji bagiNya, Empunya langit dan bumi.
Friday, August 22, 2008
Wednesday, July 30, 2008
Kembali
Pagi ni, seorang sahabatku telah kembali ke rahmatullah.
Allahyarham Darmawan bin Sukaimi meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Proton untuk bekerja.
Allahyarham adalah seorang sahabat yang aku kenal sejak dari zaman matrikulasi di penang lagi. Beliau merupakan seorang sahabat yang baik dan mulia budi pekertinya.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarham Darmawan dan menempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman dan diredhaiNya.
Al-Fatihah.
Sunday, June 29, 2008
Update
Its been a while. But some quick updates on what's happening around me:
- My respected guru, Ijan will be going to Vietnam for an oil and gas work. :C
- Yuchie now is a proud owner of a MyVi SE. :)
- Updated to a Quad Core CPU and GeForce 8800GT with Zalman Cooling Fan yesterday. Yeay!
- Traded my PS2 for a PS2 Slim. ;p
- Owns a PSP Slim now. :D
- My kittens attacked and killed 20+ feeder mice (for my snakes) yesterday, amounting the loss to about RM120+. :C
- Insyaallah I'll be a hawker soon. :) Times are bad, Thanks Barisan Nasional.

Saturday, March 15, 2008
Sunday, March 02, 2008
Thursday, January 31, 2008
Choko
Subscribe to:
Posts (Atom)